Sunday, 12 September 2010

Kejutan Ibrahim Ali??

saya terbaca artikel ini semasa saya boring membaca buku.

 

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/12/mstar_berita/20100912185318&sec=mstar_berita

 

yea saya akan terkejut gila-gila besar-besar mungkin sehingga terkencing basah-basah di seluar. 

 

Datuk, sekadar renungan bersama dan nasihat drpd si budak kecik la ye, kalau la u nak jadi ahli politik YB dan sekadar nk undi drpd org Melayu, usahla.. buang masa dan duit dan tenaga je. 

 

ahli politik kena serve semua orang tak kira bangsa dan agama. Dan sebagai ahli politik sejati, berani, benar dan berkebolehan, tak usah menjangka dan meraih sokongan daripada kaum sendiri sahaja.

 

i berani cakap, kalau Datuk ni cintakan Malaysia, fight for all! nescaya org Cina India dan lain-lain pun support u! i pun akan support u! 

 

saya ingat lagi Datuk pernah cakap 'I love you all'. Datuk ingat tak?? kalau Datuk ingat, walk the talk. Datuk bukannya orang yang tak pandai atau orang jahat. Datuk berjasa kepada kawasan Parlimen datuk. Tapi cara Datuk tu tak berapa disenangi orang masyarakat. Sekarang ni, UMNO pun kata tak sokong you.

 

Siapa yang tak nak jadi popular? Siapa yang tak nak fight for its own people? Siapa yang ingin melihat bangsanya tertindas atau menindas bangsa yang lain? Tak ada!

 

saya percaya politik perkauman tak bertahan lama. semakin sempit pemikiran dan racist-nya kita, semakin banyak sokongan kita akan dapat daripada kaum kita tetapi semakin ramai orang lain yang akan menjadi mangsa.

 

Malaysia milik bersama. Hak sama rata. Yang lemah dibantu.

 

*Kalaula Datuk atau kawan-kawan dan sahabat handai yang terbaca ni, janganlah sue saya ok? ini hanyalah isi hati ikhlas dari dalam hati. Pada Hari Raya yang mulia ini, bermaaf-maaflah la ye. Kalau sue i, i takde duit..

 

Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

No comments:

Post a Comment