Monday 25 January 2010

Tarikh Pilihan Raya Kampus IPTA

Biarpun mahasiswa IPTA sedang giat dalam usaha mereka untuk memansuhkan sistem e-voting untuk pilihan raya kampus, detik pengundian semakin dekat menjelang tiba.

Berikut adalah tarikh pilihan raya kampus bagi IPTA.

21 JANUARI: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

26 JANUARI: Universiti Putra Malaysia (UPM)

28 JANUARI: Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Pahang, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Semoga berjaya kepada calon-calon yang bertanding. Diharap isu-isu peribadi tidak dijadikan bahan kempen. Manifesto biarlah bertempat dan realistik. Isu-isu sensitif janganlah digempar-gempurkan.

Pilihlah calon dan parti yang boleh membawa perubahan dan bukannya calon dan parti yang pak turut, kaki bodek, dan makan suap.

Pemimpin berkualiti harapan negara.