Thursday 1 April 2010

Himpunan Mei 1 2010



""Ini adalah pesanan khidmat masyarakat.""

Setelah rakyat menyuarakan bantahan terhadap perlaksanaan cukai GST, Kerajaan telah menangguhkan bacaan kedua Akta GST di Parlimen. Alasan Kerajaan adalah ia mahu mendengar pandangan rakyat. Oleh itu, Jawatankuas...a Mei 1, akan menganjurkan satu perhimpunan aman bersempena Hari Pekerja dan menyuarakan bantahan terhadap cukai GST.

Jawatankuasa Mei 1, 2010 terdiri daripada badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat dan parti-parti politik akan menganjurkan Himpunan Mei 1, 2010 untuk memperingati perjuangan pekerja dunia dan memperkasakan kaum pekerja di Malaysia. Sambutan tahun ini juga akan fokus kepada isu semasa iaitu CUKAI GST.

Maka Himpunan tahun ini juga akan merupakan maklumbalas kepada kerajaan mengenai CUKAI GST!

Butir-butir program Mei 1 adalah seperti berikut :

TARIKH : 1 MEI 2010

MASA : 10 AM

TEMPAT: DATARAN MERDEKA ( PERHIMPUNAN & PERARAKAN)

Tema Himpunan Mei 1, 2010 ialah :

“RAKYAT BANTAH GST, GAGALKAN SEBELUM TERLAMBAT”

Tema kali ini amat relavan pada masa ini di mana kelas pekerja dan rakyat biasa akan menjadi mangsa kepada CUKAI GST . Rakyat biasa akan merana dengan peningkatan kos hidup.

AYUH KITA BERJUANG BERSAMA UNTUK MEMBATALKAN CUKAI GST INI SERTAILAH KAMI DALAM HIMPUNAN MEI 1, 2010

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudari Nalini - 0193758912

Sekretariat Jawatankuasa Mei 1

""Mari kita menyertai program yang bermakna dan bersejarah ini.

Sebarkanlah berita gembira ini.

Ingat, jika anda inginkan perubahan, anda yang harus mengubahnya."

Sumber: http://www.facebook.com/group.php?gid=113756581969904&v=info#!/group.php?v=wall&gid=113756581969904