Friday, 23 April 2010

KPT larang pelajar IPTA kempen di Hulu Selangor

KUALA KUBU BARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini mengeluarkan arahan melarang semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di negara ini terlibat dengan sebarang kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat KPT tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang terlibat dalam kegiatan berkempen mengikut Akta Universiti dan Kolej Universtiti (AUKU) 1971 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.
Pilihan raya kecil kali ini melibatkan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dan Parti Keadilan Rakyat diwakili Datuk Zaid Ibrahim .
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 25 April ini sebagai hari pengundian.

No comments:

Post a Comment