Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata spekulasi bahawa Tun Musa Hitam mengarahkan polis menembak mati dua penduduk semasa peristiwa berdarah Memali di Baling pada 1985 adalah tidak benar.
Ketika itu, Musa (kanan) merupakan timbalan perdana menteri dan juga menteri dalam negeri.
Hishammuddin berkata, pada 19 November 1985, polis menjalankan operasi untuk menangkap Ibrahim Mahmud dan 35 pengikutnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.
"Semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim Mahmud dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing," katanya.
Hishammuddin memberitahu demikian dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan lisan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang juga naib pengerusi DAP, di Dewan Negara Isnin lalu.
Menurutnya lagi, pihak polis telah menyeru penyokong Ibrahim supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman.
'Demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan," tambahnya.
Peristiwa tersebut kata Hishammuddin telah mengorbankan empat anggota polis dan 14 orang awam termasuk Ibrahim manakala 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.
Selepas tragedi berdarah kira-kira 25 tahun lalu itu, Musa sentiasa dikaitkan dengan arahan menembak penduduk kampung tersebut memandangkan beliau menjadi menteri dalam negeri pada ketika itu.
Beliau juga pada masa itu memangku tugas perdana menteri ketika Tun Dr Mahathir Mohamad berada di luar negara.
Source: http://www.malaysiakini.com/news/130402
full marathon again, PBIM 2013
-
Last year was the first time I ran full marathon and it was during the
Penang Bridge International Marathon 2012, with a distance of 42.195km. It
was a pai...
11 years ago
No comments:
Post a Comment